::klik...klik..klik...::

Saturday, August 4, 2012

Makan sampai lebam di JB


Chak!!! terkejut ke mek update new entry?? hahhaa, tak yah nak terkejut sangat lah. dah rindu nak menulis so tak kira waktu la nak update. Terima kasih lah kat cik kopi. kerana beliau mata aku segar bugar lantas menaip laju utk update entry di mana cerita nya dah berumur sebulan lebih.. hahahahhaa.. percutian aku kat JB and Singapore bulan June leps baru nak update skang. Nampak tak betapa bz nye life cik ayu jelitaz lagi2 sejak bergiat aktif dalam arena twitter. so blog dipandang sepi ja.. alololo kesian ko yumizafabulous. bertabahlah! :P

This entry di mulakan dengan acara makan2 di JB masa bulan jun lepas. Aku pi JB with Kema, Julia & Yus. saje je merewang2 and jalan2 cari makan kat sana. lagipon boring la asyik mengadap KL je.. sesekali tukar angin ke Selatan tanah air sat. :)

Day 1 di JB adalah meriah tak hengat. Aku, julia n Yus disambut oleh Kema yg memang keje kat JB tu. sesampai we ols kat JB dah tengahari. Maka nya cik Kema telah bawak kitorang makan kat asam Pedas power. Omakkkk aiiiiii, mmg power gila makanan kat sini. aku ratah kerang sambal sperti dalam gambo di atas tu macam tiada hari esok je gayanya. punyalah sedap. Remy Ishak lalu pon konpem aku buat bodo je ngan beliau.. hahahhaa. sori abe dashing. ;P

And yang paling best, makan tengahari adalah di sponsor oleh kema. ohh maiiii.. murah rezeki we ols tika itu... weeeehe..... ;D



After that we ols pi check in kat hotel area Danga Bay. woahhh santeq gilers uols mek ckp ko. sangat selesa macam nak stay situ sampai bebila.. hahahaha. after rehat memanja, we ols melangsungkan aktiviti seterusnya ke stesen seterusnya iaitu minum petang kat Benaffe Cafe.. Kema ckp Vanila shake dia sedap nak mampuih. Maka kami pon menerai tanpa rasa bersalah. dorang order vanila shake yang aku cacat sikit pi order three layer tea.. hahahahaha, kemarok katenye.. hamekkkkk ko! vanila shake ke three layer tea ke semua sedap2 belaka... ya ampunnnnn!!! repeat order pls! hahahhaa ;P



Lopeh minum2 petang secara manja, we ols menyinggah ke stesen seterusnya iaitu  menerai makanan femes kat johor iaitu kacang pool. Seriously walopon kazen aku dok jb and aku selalu mai jb, tapi bila part makan kacang pool ni tak terlintas langsung nak merasa. kemungkinan kerana aku memang sombong dengan makanan ini. ke aku tak pandai makan? ke aku mmg tak pandai cari? ke aku memang tak teringin....? papa jelah ;P

So untuk kesekian kalinya, maka makan lah aku kacang pool ni. Kema ajar, kena gaulkan segala mak nenek bahan dalam mangkuk tu termasuk la telur itu. Oh ye the bahan dlm kacang pool ni yg aku ingat ada daging, telur, bawang, limau, cili padi.. digaulkan secara maksima sebelum di cicah cicahkan bersama roti... masa aku acah-acah makan macam tak tertelan coz dok pikirkan ape lah rasa lepas dah dicampur ngan telur mata kobau tu.. tapi bila dah masuk mulut,,, SORGAAAAAAA aku kata ko! sedap nak mampuihhhhhh.. seriously, utk first timer cam aku, memang the kacang pool ini agak LAYAK untuk dipuji dan di repeat order for the nxt time.. erk, layak tak aku jadi pengacara JJCM??? ok verangan. fine! :P




Dah kekenyangan makan2, maka perot perlu direhatkan untuk sementara. perjalanan seterusnya kami ke Pusat Hiburan SeFamiily.. hahahaha.. ape lagi meNGAROKS laaa ape lagi... sebagai Hardcore utk karok session, aku memang 100% suka gile karok kat jb ni... aku suke part emoticon tu. if kawan ko nyanyi tak best, ko leh tekan button emoticon bunyi boo or bunyi lembu mengembek...( erkk lembu mengembek kah? lantak laa di situ  malas nak pikir...) Kalo ko suka nyanyian kwn ko, korang leh tekan emoticon yg kuar bunyi tepukan ala2 standing ovation gitu... well, kengkawan aku ni suke pedajai. even aku nyanyi macam Selena Gomez punye sedap pon, dorang tetap kasi bunyi Mooo lembu utk aku.. Keji kan? HAHHAHAHAHHAHA ;P




Dah seronok nyanyi2 sakan, Kema bawak kitorang pi supper.. ok kenyang makan kacang pool lom hilang lagi, ditambah lak mkn chicken chop. aku tak leh tolak coz ciken chop yang diperkatakan adalah sedap nak meninggal and paling best sebab ia MURAH!  macam aku punye kat atas tu harga nya adalah RM5.. percaya tak? sila lah percaya uols...aku ni hah pon wat2 percaya. tapi bila tgk harga baru 100% percaya.. kih kih kih :P




dah abes makan, sesi berjalan2 kat Johor Premium Outlets. Tak sah if datang johor tak mai JPO ni.. ibarat kalo mandi tak kebasahan gitu. eh, takde kene mengena. sila abai.

Ekceli datang sini pon adalah untuk mecari kasut leper aku untuk perjalanan ke Singapore besok. gile ko takkan la nak pakai high heels jalan2 masuk singapore kan.. haruslah kene pakai kasut yg lasak utk berjalan. Dengarnya cik kema memang nak kasi kitorang banyak jalan keesokan harinya. Tu yang bersungguh2 kasi kitorang makan secara mewah kat JB.. hahahaha. tricks. i loike ;P



Nota Notty-- Besoknye ke singapore yuk ;P

3 comments:

Emy Tak Kecik said...

aku dh lama x g jb...ujung tahun ni xde aral aku nak g...

ayu tulis la nama kedai kacang pool tu.teringinnnn hehe

Edzlin said...

Akak leh join Iqram Dinzly pengacara JJCM :)

noradzlina.kamdani said...

mak cik blk jb pun blm g lg JPO...